Seperti yang dikatakan tadi, pertama sekali
yang paling penting adalah kawalan
diabetes yang bagus iaitu
perlu jaga diet
pemantauan paras gula dalam
darah yang kerap
senaman dan perlu ikut susulan
dengan doktor.
Jadi anda perlu berusaha untuk mencapai
kawalan HbA1c yang
normal mengikut pesakit,
tekanan darah,
kolesterol dan berat badan kawal pada para yang optimum
. Jadi, pesakit kencing manis
yang mempunyai ulser dan
juga merokok
perlu mengurangkan merokok atau lebih baik lagi, berhenti merokok.
Kerana merokok itu
akan menjejaskan saluran atau bekalan darah ke kaki. Pesakit juga perlu membersihkan
kaki setiap hari
dengan air suam dan sabun
. Jadi, selepas membersihkan kaki. Gunakan tuala
yang lembut dan bersih
untuk mengeringkan kaki
terutamanya di bahagian celah-celah kaki
. Perlu dilap dengan kering
sebab sekiranya basah, mudah dijangkiti kulat
iaitu 'fungal infection'
. Jadi, untuk pesakit yang berisiko untuk
mendapat ulser kaki kencing manis
buat lah pemeriksaan
kaki setiap hari.
Cari ada ulser-ulser yang kecil tak
ada perubahan warna kulit atau rekahan pada kulit.
Jika ada, terus pergi berjumpa dengan doktor.
Jadi doktor boleh rawat pada peringkat awal
supaya ia tidak menjadi lebih teruk
. Selepas itu, kalau boleh
selepas cuci kaki, sapukan pelembap kulit
di tapak kaki dan tumit
dan punggung kaki
supaya
kulit menjadi lebih lembut
sebab jika
kering, kulit mudah menjadi ulser
atau kecederaan
tapi pelembap kulit itu
masa disapu, jangan sapu
di celah-celah kaki
sebab mungkin dapat
jangkitan kulat atau 'fungal infection'
. Jadi, celah-celah kaki
mesti pastikan kering
dan bersih
lagi satu adalah
kalau di rumah atau d mana-mana
sentiasa lindungi kaki
dengan memakai sarung kaki yang jenis
menyerap peluh dan tukar
setiap hari untuk jaga kebersihan.
Jadi, jangan berkaki ayam
di rumah
walaupun di dalam rumah atau luar rumah jangan berkaki ayam.
Sebab mungkin pesakit tak nampak
batu -batu kecil di rumah
dan apabila terpijak pesakit diabetes yang mengalami
neuropati dan tiada deria rasa di kaki dan
tidak perasan ulser kaki telah terbentuk
. Jadi, pastikan pesakit
memakai kasut yang saiz betul dan selesa. Dan jangan guna
objek yang tajam untuk mengasah kuku
. Kalau boleh, waktu baring
tinggikan paras kaki
untuk memastikan
tiada masalah bekalan darah
. Semasa baring, tinggikan kaki
untuk kembalikan bekalan darah